A good day for a good people
Jumaat, 10 Januari 2014
Menanti keputusan peperiksaan..
* FROM INTAN NADHIRAH ( my Naimian's friend )
Betulkah anda tenang? Betulkah anda relax?
Cool?Atau saja nak ‘cover’?
hehee..lain di mulut,lain di hati.. biasalah tu..
Apa khabar pelajar-pelajar yang sudah menduduki exam??
Berdebar ?? Ya! Itu sudah pasti..
Hari demi hari,debaran kian memuncak !
Hujung bulan Mac menjadi penentu segala hasil usaha kalian
selepas 11 tahun di alam persekolahan.
Bayangkanlah..
sudah 11 tahun..
bagaimana hasilnya??………………………………………………………………
Ketahuilah..
segala usaha kita selama ini tidak akan disia-siakan!
Usaha sedikit akan dapat sedikit.
.Usaha banyak akan dapat banyak..
Apa yang pasti,setiap usaha yang dikerjakan
akan diperlihatkan dengan adil !!
Yakinlah..
mari kita hayati pujukan janji daripada Allah SWT;
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
dan bahawasanya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,[53:39]
وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى
dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).[53:40]
Alhamdulillah! Begitulah..
Allah akan perlihatkan hasil usaha kita!
!Kalian akan tengok result masing-masing..
Apa perasaan anda saat membaca ayat tadi ?
“erm.. sebenarnya aku belum berpuas hati lagi dengan usahaku.
Sebab itu aku tidak yakin akan dapat cemerlang.”
Ya.. semua orang masih tidak puas hati..
Namun, apa boleh buat.. semuanya sudah berlalu..
Siapa yang bersusah-susah dulu,akan senanglah kemudian..
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan,[94:5-6]
Kepada semua.. Jangan risau !!
Walau apapun keputusan yang keluar nanti,
Tidak kira cemerlang atau tidak,
Anggaplah ianya sebagai HADIAH daripada Allah..
Allah tahu nak bagi hadiah macam mana buat kita..
Allah tahu apa yang terbaik buat kita..
yakinlah!!
Kalau dapat cemerlang, senyumlah dengan merendah diri,
Jangan sombong! Jangan riak! Dan Jangan terlalu bangga diri!
Bersyukurlah dengan mengharapkan agar
kejayaan itu tidak akan merosakkan diri..
Kalau tidak cemerlang, senyumlah dengan tabah,
Jangan terlalu kecewa! Jangan hilang semangat! Dan jangan putus asa!
Bersabarlah dengan mengharapkan agar kekurangan itu tidak akan merosakkan diri..
Jangan anggap, orang yang dapat cemerlang nanti akan cemerlang buat selama-lamanya!
Jangan anggap, orang yang tidak cemerlang nanti akan kecundang buat selama-lamanya!
Semua itu adalah perancangan daripada Allah!!
Semata-mata untuk menguji kita.
.Ingat !!
Kejayaan daripada Allah! Bukan kerana kepintaranmu!
فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami,
kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni'mat dpd Kami ia berkata:
"Sesungguhnya aku diberi ni'mat itu hanyalah kerana kepintaranku".
Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.[39:49]
Berdoalah!!
Tawakal pelengkap usaha untuk berjaya !!
Saya yakin bahawa pelajar-pelajar SPM 2013 sekarang ini sangat rajin berdoa,
memohon kepada Allah agar diberi keputusan yang baik.
Betul bukan??
Alhamdulillah..
Terpulanglah hendak baca doa apa-apa sekalipun,
cuma saya hendak menasihati diri dan pembaca,
Apabila berdoa, berdoalah dengan meminta kepada Allah,
bukan dengan memaksa Allah.
Memaksa Allah??
Ya.. kadang-kadang, tanpa disedari,
kita tersalah dalam berdoa.
Contohnya;“ Ya Allah,berilah aku keputusan yang cemerlang.
Sekiranya aku dapat cemerlang,aku janji akan jadi baik.
Aku janji akan rajin solat. Aku janji akan tutup aurat.
Aku janji akan berubah! Perkenankanlah Ya Allah..Ameen..”
“Ya Allah,aku tahu Engkau Maha berkuasa!
Maka berilah aku keputusan yang cemerlang sekiranya Engkau benar-benar Maha berkuasa.
Sekiranya keputusanku teruk,maka ubahlah menjadi baik ya Allah!
Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa! Ameen..”
Adakah anda berdoa sedemikian rupa? Sila ubah!!
Bukan begitu permohonan seorang hamba kepada Tuhannya.
Mintalah pada Allah agar diberi kejayaan
yang memberi kebaikan di dunia dan di akhirat.
Contohnya;“ Ya Allah, berikanlah keputusan yang terbaik buat diriku..
Hanya itu sahaja usaha yang mampu aku lakukan..
Aku redha atas apa-apa ketentuanmu..
Sekiranya aku layak untuk mendapat cemerlang,
tunjukkanlah aku jalan untuk terus mensyukuri nikmat-Mu..
Sekiranya aku kurang cemerlang,
Tunjukkanlah aku jalan untuk memperbaiki kesilapan lalu
dan terus berusaha untuk kehidupan akhiratku..Ameen..”
Konsisten dalam beramal !!
Ada segelintir pelajar sangat rajin berdoa
dan melaksanakan solat sunat sementara menunggu keputusan peperiksaan.
Namun,apabila keputusan sudah keluar,
amalan berdoa dan solat sunat juga keluar daripada rutin harian.
Hilang entah ke mana.
Jarang-jarang diamalkan.
Malah ada juga yang terus meninggalkannya..
Apa sudah jadi?
Mengapa tidak konsisten?
Mengapa tidak istiqamah?
Tanya diri masing-masing..
Sangat jelas menunjukkan bahawa manusia seumpama itu
tidak beramal kerana Allah.
Tetapi beramal kerana mengharapkan kejayaan dunia semata-mata.
Lalu amalan itu akan menjadi sia-sia dan ditolak oleh Allah! Rugi !!
Buang masa dan buang tenaga !
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah hanya ditepi(sampingan);
maka jika ia memperoleh kebajikan, dia merasa puas,
dan jika ia ditimpa oleh suatu cobaan,
berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat.
Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.[22:11]
Sebelum perkara ini terjadi pada diri kita,
maka beringat-ingatlah selalu!!
Beramallah kerana mengharapkan redha Allah semata-mata!
Kesimpulan ::
Tiada guna berjaya gemilang di dunia,tetapi gagal gemilang di akhirat !!
Tahniah !!
Buat yang berjaya hidup dengan baik
selepas keluar keputusan nanti !
AYUHh Semangat !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semua adalah Qada Qadar drpd Allah
BalasPadamSemoga mendapat result yg cemerlang sis
BalasPadamBolehkah saya copy n share kepada sahabat saya?
BalasPadam